suria

Selepas 21 Tahun, Irwan Akhirnya Terpaksa Lepaskan Kojeg

SELEPAS 21 tahun hidup bersama, seorang lelaki terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan kesayangannya, Kojeg.

Muhammad Irwan dengan berat hati terpaksa melepaskan seekor buaya yang beratnya mencecah 200 kilogram dan berukuran 2.75 meter.

Bagaimanapun, pemuda itu tetap gembira kerana Kojeg akan meneruskan kehidupan di rumah baharu di Taman Safari Indonesia iaitu pusat konservasi di Bogor, Jawa Barat.

Perpindahan Kojeg diuruskan Agensi Konservasi Sumber Asli Jawa Barat (BKSDA) yang telah melaksanakan tugas itu, Ahad lalu.

Kewujudan Kojeg diketahui agensi berkenaan selepas visual Irwan sedang memandikan dan memberus gigi haiwan itu menjadi tular.

BKSDA seterusnya menemui Irwan dan menjelaskan mengenai haiwan berkenaan yang perlu dilindungi kerana ia adalah spesis terancam.

"Kami dapat memindahkan Kojeg selepas pemiliknya dengan berat hari menyerahkan haiwan kesayangannya," kata penyiasat BKSDA, Adjat Sudrajat kepada agensi berita Antara.

Mengimbas kisah 21 tahun lalu, Irwan menyelamatkan Kojeg daripada dicederakan kanak-kanak dengan membayar Rp30,000.

"Ketika itu, saiznya hanya sebesar cicak gecko.

"Saya percaya Kojeg dapat menyesuaikan diri dengan rumah baharunya kerana ia haiwan yang gemar tinggal di rumah dan biasa dengan kehadiran manusia," kata Irwan.

Kebiasaannya, Irwan akan menyediakan dua kg ikan emas hitam dua kali seminggu untuk Kojeg.-TheJakartaPost

Irwan, Kojeg

Artikel Sebelum

Artikel Lain