suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Kucing Jadi 'Kain Lap'

Tindakan seorang lelaki menjadikan seekor kucing sebagai 'kain lap' kereta disiasat polis. Foto CEN

SEORANG lelaki dirakamkan aksinya menggunakan seekor kucing untuk mencuci sebuah kereta.

Lelaki yang tidak dikenali itu dilihat mengelap kereta Mercedesnya menggunakan haiwan itu.

Walaupun tindakan itu dianggap sebagai gurauan, tetapi polis kini sedang menyiasat kejadian yang dikatakan berlaku di daerah Gulkevichsky di wilayah Krasnodar Krai di Rusia. 

Lebih mengejutkan apabila dia mengangkat kucing tersebut dan memasukkan ke dalam baldi berisi air seolah-olah seperti sehelai kain lap.

Netizen mengecam gurauan lelaki berkenaan yang disifatkan bertindak kejam ke atas haiwan.

Seorang netizen berang dengan berkata: "Seseorang perlu mengelap belakang kereta menggunakan wajah lelaki itu."

"Ia merupakan satu tindakan yang amat kejam terhadap haiwan," kata seorang lagi netizen. - Mirror


kucing

Artikel Sebelum

Tiba-Tiba Motor 'Panjat' Kereta

Artikel Berikut

Artikel Lain