suria

Taliban Mengganas Lagi, Serang Guna Ambulans

KABUL: Seminggu selepas serangan di sebuah hotel, puak Taliban sekali lagi bertindak dengan menyalahgunakan sebuah ambulans untuk mengaburi lawan.

Tampil mengakui bertanggungjawab melancarkan serangan, sebuah ambulans yang sarat muatan bahan letupan telah diletupkan di kawasan sesak pada Sabtu.

Kejadian itu telah menggegarkan cermin bangunan dalam lingkungan dua kilometer dari lokasi serangan dan menyebabkan beberapa bangunan kecil berhampiran runtuh.

Insiden berdarah itu telah meragut sekurang-kurangnya 95 nyawa, manakala 158 lagi cedera.

Pengarah pusat media kerajaan, Baryalai Hilali mengesahkan angka berkenaan, malahan memberi amaran bilangan mangsa dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera masih dalam keadaan kritikal di hospital.

Serangan berlaku di kawasan yang menempatkan beberapa pertubuhan antarabangsa termasuk pejabat Kesatuan Eropah. Bagaimanapun, tiada delegasi asing dilaporkan cedera.

Jurucakap kementerian dalam negeri memberitahu, penyerang berani mati memandu ambulans itu melepasi sekurangnya satu pusat pemeriksaan dengan alasan membawa pesakit ke hospital.

“Bagaimanapun sebaik tiba dii pusat pemeriksaan kedua, pemandu berkenaan telah dikenal pasti, sebelum dia bertindak meletupkan kenderaan itu,” katanya.

Taliban, Kabul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga Remaja Mati Berpelukan

Artikel Lain