suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanda Tanya Kepala Model Dipenggal, Mayat Disumbat Dalam Beg

MAYAT seorang wanita dengan kepala dipenggal, manakala tubuhnya dikerat beberapa bahagian ditemui disumbat dalam dua bagasi, kes yang direkodkan di Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian jenayah itu melibatkan seorang model yang juga artis, Sara Zghoul yang mayatnya ditemui dalam sebuah kereta mewah, BMW hitam.

Wanita berusia 28 tahun yang juga ibu kepada seorang anak lelaki itu ditemui Khamis lalu.

Susulan itu, seorang lelaki telah ditahan melibatkan kes artis suara latar itu.

Ketika ditahan, suspek didapati dalam keadaan lemah akibat cedera dikelar pada kerongkong dan pergelangan tangan, dipercayai akibat perbuatannya sendiri, lapor Oregon Live.

Suspek dan mangsa dilaporkan pernah tinggal bersama di kediaman di Aloha, dekat Portland.

Michael Larsen memberitahu FOX 12, dia dan isteri sedang duduk di anjung rumah apabila mendengar suspek menjerit.

"Ketika itu cuaca sejuk dan hujan, kami dapat lihat dia bersandar pada pokok sambil menjerit dengan nada suara yang begitu terdesak," katanya.



Oregon, Sara

Artikel Berikut

Artikel Lain