suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat 'Berdengkur' Kejutkan Tiga Doktor Forensik

Seorang banduan yang disahkan sudah meninggal dunia dilaporkan 'hidup semula' sebelum dia dibedah siasat. - Gambar hiasan/ istock

SEORANG lelaki yang disahkan meninggal dunia oleh tiga doktor mengejutkan kakitangan hospital apabila dia berdengkur di atas meja bedah siasat dan sebenarnya masih hidup.

Menurut laporan berita tempatan, Gonzalo Montoya Jimenez, 29, ialah seorang banduan di utara Sepanyol.

Lapor La Voz de Asturias, dia ditemukan tidak sedarkan diri di dalam selnya pada Ahad dan dipercayai sudah meninggal dunia.

Tiga doktor forensik didakwa memeriksa Jimenez dan mengesahkan kematiannya.

Empat jam kemudian, dia didengari mengeluarkan bunyi sebaik sebelum prosedur autopsi dilakukan ke atasnya.

Badan suspek turut sudah ditanda sebagai panduan untuk melakukan proses bedah siasat dan ini menandakan pengesahan kematian itu bukan baru dibuat.

Suspek kini sudah sedarkan diri dan berada dalam unit rawatan rapi di Hospital Universiti Pusat Asturias di Oviedo, Sepanyol. - Livescience

mati hidup semula

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain