suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Ditahan, Disyaki Cabul Pelajar Lelaki

-Gambar hiasan

SEORANG guru pendidikan jasmani ditahan kerana disyaki mencabul pelajar di sebuah sekolah tinggi di Pekayon, Jakarta Timur, demikian menurut pihak polis.

Ketua Polis Pasar Rebo, Komisioner Joko Waluyo berkata, penyiasat kini sedang meneliti kemungkinan ada lebih ramai mangsa.

"Setakat ini hanya tiga, kami masih menyiasat kes ini.

"Semua mangsa adalah pelajar lelaki," katanya pada Jumaat seperti dilaporkan kompas.com.

Menurutnya, guru berkenaan telah ditahan pada 27 Disember lalu.

Sementera itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pelindungan Kanak-Kanak (KPAI), Jasra Putra mengesahkan ibu bapa mangsa telah melaporkan kejadian itu pada 23 Disember lalu.

Jasra berkata, pihaknya telah menemui polis Pasar Rebo pada Khamis selepas tersebar dakwaan bahawa lebih ramai pelajar menjadi mangsa guru berkenaan.

Katanya lagi, KPAI telah menggesa polis menyiasat sama ada suspek telah melakukan perbuatan sama ketika bertugas di sekolah rendah di Ciracas, Jakarta Utara.

"Pihak polis bersetuju dengan saranan KPAI dan mereka dijangka melawat sekolah di mana guru berkenaan pernah bertugas," katanya.

cabul, murid sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain