suria

Wanita 25 Tahun Ke Atas Boleh Masuk Tanpa Mahram

JEDDAH: Wanita berusia 25 tahun ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, demikian menurut jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).

Laporan Arab News menyebut, kebenaran itu bagaimanapun wanita berkenaan berusia 25 tahun ke bawah kerana mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk ke negara itu.

Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata:  visa pelancong akan berfungsi sebagai dokumen masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.

"Visa ini merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah," katanya.

SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan sebelum berakhir suku pertama tahun ini.

"Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.

"Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar," kata Omar kepada Arab News.

Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.

Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH, ia bagi menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi.




Arab Saudi, mahram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Trump Memang Nyanyuk

Artikel Lain