suria

Trump Memang Nyanyuk

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump malu besar dan diejek ribuan penonton yang menghadiri sebuah perlawanan ragbi kolej di Atlanta, kerana tidak hafal lagu kebangsaan.

Insiden memalukan itu berlaku pada Selasa ketika acara pembukaan perlawanan all-Southeastern Conference antara Georgia dan Alabama.

Trump dilihat bergelut untuk mengingati lirik Star Spangled Banner dan insiden itu dipancarkan menerusi skrin gergasi di stadium berkenaan.

Pengkritik menuduh jutawan berusia 71 tahun itu nyanyuk dan tidak layak menjadi presiden.

Minggu lalu, reputasi Trump tercalar susulan penerbitan buku Fire And Fury: Inside The Trump White House yang menggambarkan beliau sebagai sakit mental.

Sebelum ini, Trump lantang mengecam beberapa pemain Liga Ragbi Amerika (NFL) dan atlet kulit hitam kerana berlutut ketika lagu kebangsaan dikumandangkan sebagai tanda protes kerana mendakwa beliau menyemarakkan isu perkauman.

Menurut Trump, tindakan simbolik itu tidak patriotik dan mereka yang berbuat demikian tidak layak menjadi warga AS. - Press TV

Trump, Alabama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kurita Mampu Kalahkan Cimpanzi?

Artikel Lain