suria

Putera Willam Ternanti-nanti Pelawaan Adik

PUTERA Harry masih belum meminta abangnya untuk menjadi pengapit pada majlis perkahwinannya 19 Mei ini, dakwa Putera William.

Malah pewaris takhta diraja Britain yang juga Presiden FA turut memberitahu bahawa beliau 'masih bekerja' pada hari yang menyaksikan pertembungan dua acara besar antara majlis perkahwinan Putera Harry dan aksi final Piala FA.

Pendedahan itu dibuat oleh Putera William dalam satu diskusi yang dianjurkan Campaign Against Living Miserably (CALM) pada malam Rabu.

Pemilihan tarikh 19 Mei yang bakal menyatukan Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle sebagai suami isteri di Istana Windsor pada salah satu hari terbesar dalam kalendar sukan Britain, mengejutkan banyak pihak.

Namun Istana Kensington dan FA menegaskan bahawa tidak akan ada pertembungan secara langsung antara majlis perkahwinan dan perlawanan itu.

Putera Harry sebelum ini menjadi pengapit buat abangnya semasa berkahwin dengan Duchess of Cambridge, Kate Middleton pada 2011.

Putera William dijangka mengambil peranan yang sama pada majlis perkahwinan adiknya. - Mail Online

Putera Harry, Putera William, Meghan

Artikel Sebelum

Kurita Mampu Kalahkan Cimpanzi?

Artikel Berikut

Artikel Lain