suria

Lebih 20 Cedera Nahas Dekat Woodlands

Foto FACEBOOK/LIM POH WAH.

SINGAPURA: Lebih 20 orang cedera dalam perlanggaran melibatkan empat kenderaan berhampiran Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi Rabu, menurut  laporan Straits Times.

Laporan itu menyebut bahawa perlanggaran berkenaan berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi di  Woodlands Crossing melibatkan dua buah lori, sebuah bas dan sebuah  kereta.

Memetik Pasukan Pertahanan Awam Singapura, laporan itu berkata 26 orang cedera dan dibawa ke hospital.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Imigresen  and  Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam catatan Facebooknya pada pukul 10 pagi menyatakan bahawa sebahagian lorong yang terlibat telah dibuka di Woodlands Crossing.

Dua jam sebelum itu,  ICA memberitahu bahawa sebahagian lorong yang terbabit dengan  perlanggaran itu ditutup kerana kesesesakan lalu lintas. - BERNAMA 

Woodlands

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain