suria

Suspek Seludup 50kg Narkotik Ke Malaysia Diburu

Gambar hiasan.

NEW DELHI: Polis India sedang memburu suspek yang cuba mengeksport 50 kilogram narkotik dari Chennai ke Malaysia.

"Suspek yang cuba menyeludup dadah itu ke Malaysia telah melarikan diri," seorang pegawai Direktorat Perisikan Hasil (DRI), agensi pencegah penyeludupan tertinggi India, dipetik sebagai berkata  dalam media tempatan pada Selasa.

Polis telah merampas konsainan 44.2 kilogram dadah methaqualone, sedatif dikenali sebagai mandrax, dan 5.9 kilogram piperonal, bahan kawalan yang boleh digunakan untuk menghasilkan dadah ecstasy atau MDMA, yang disorok dalam kontena kargo.

Nilai dadah itu di pasaran gelap dianggarkan US$1.4 juta.

Pegawai DRI itu berkata jabatan kastam telah menjalankan pemeriksaan ke atas kontena tersebut dan dadah itu ditemukan selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Alamat yang digunakan dalam konsainan itu adalah palsu.

"Kami mengetatkan pengawasan ke atas kontena yang dihantar melalui kapal ke Malaysia selepas menerima maklumat perisikan tentang percubaan penyeludupan yang mungkin,” kata pegawai itu kepada media India.

narkotik, India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain