suria

Maut Selepas Tiru Babak Siri TV Kegemaran

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati selepas meniru siri TV kegemarannya dengan menari mengelilingi api.

Kanak-kanak malang itu yang dikenal pasti sebagai Prarthana dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia kerana mengalami lecur teruk.

Semasa kejadian yang berlaku di perkampungan Ashraya yang terletak di barat daya Karnataka, India, ibu bapa mangsa, Chaitra dan Manjunath dilaporkan tidak berada di rumah.

Prarthana dikatakan amat meminat rancangan TV berjudul Nandini.

Dalam episod baru-baru ini, karakter utama siri TV tersebut melakonkan babak menari di tengah bulatan yang dikelilingi api.

Prarthana dilaporkan cuba meniru aksi tersebut tetapi secara tidak sengaja membakar pakaiannya sendiri.

Laporan media tempatan mendakwa kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah bersama adik perempuannya yang tidak didedahkan nama dan juga usianya.

Menurut laporan tersebut, adik mangsa berlari untuk mendapatkan bantuan jiran bagi membantu memadamkan api yang sedang marak dan membantu Prarthana ke hospital.

Nandini adalah sebuah rancangan TV paling mahal pernah dihasilkan di India dan disifatkan berbentuk seram selain menyelitkan unsur-unsur mistik dan percintaan.

Nandini

Artikel Sebelum

12 Tahun Jadi Pencuri TV Hotel

Artikel Berikut

Legenda Bollywood Meninggal Dunia

Artikel Lain