suria

Kru Pesawat Nampak Peluru Berpandu Korea Utara

Gambar fail peluru berpandu Korea Utara di satu lokasi yang tidak dinamakan. Foto AP

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific pada Isnin berkata, salah seorang krunya mengesan objek dipercayai peluru berpandu yang dilepaskan oleh Korea Utara, semasa penerbangan dari bandar di selatan China dan Amerika Syarikat (AS).

Korea Utara melepaskan peluru berpandu balistik antara benua, dipercayai berupaya mengenai tanah besar AS.

Cathay dalam satu kenyataan memberitahu kru penerbangan melihat sesuatu yang disyaki ujian peluru berpandu DRPK.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan lokasi penerbangan semasa penemuan itu.

Cathay memberitahu bahawa kru penerbangan CX893 antara Hong Kong dan San Francisco telah memaklumkan perkara itu kepada pusat kawalan trafik udara Jepun mengikut prosedur.

Menurut kenyataan itu, operasi penerbangan berjalan seperti biasa.

Cathay memberitahu bahawa ia tiada rancangan untuk mengubah laluan udaranya, dengan menyifatkan bahawa penerbangan itu 'jauh dari lokasi insiden'.

"Kita terus berjaga-jaga dan mengkaji semula keadaan mengikut perkembangan," menurut kenyataan itu. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain