suria

Legenda Bollywood Meninggal Dunia

PELAKON veteran Bollywood, Shashi Kapoor meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Kapoor yang membintangi filem Deewar dan Kabhie Kabhie dilaporkan sering tidak sihat dan kerap keluar masuk hospital.

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah filem kebangsaan dan dikurniakan anugerah Padma Bhushan oleh kerajaan India pada 2011.

Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem Britain dan Amerika Syarikat (AS).


Kapoor meninggal dunia di Hospital Kokilaben Dhirubhai, Mumbai.

"Ya dia sudah meninggal dunia. Dia mengalami masalah buah pinggang sejak beberapa tahun lalu dan menjalani rawatan dialisis sepanjang tempoh itu," kata anak saudaranya yang juga pelakon Randhir Kapoor.

Majlis pengembumian mendiang akan diadakan pada pagi Selasa.

Kapoor berkahwin dengan pelakon Inggeris, Jennifer Kendal yang membina Teater Prithvi di Mumbai pada 1978.

Berita kematian Kapoor ternyata mengejutkan ramai peminatnya yang mengambil kesempatan mengucapkan takziah di atas pemergiannya menerusi Twitter.

Shashi Kapoor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain