suria

Mengejutkan! Presiden Perancis Balas Puisi Gadis 13 Tahun

Emmanuel Macron. -fotoREUTERS

PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron telah menulis puisi untuk seorang gadis Inggeris berusia 13 tahun.

Bait-bait puisinya, yang disiarkan dalam bahasa Perancis dan Inggeris itu adalah satu kejutan buat gadis tersebut.

Ia dikirim oleh Macron sebagai tanda terima kasihnya dan sempena hari jadi Sophie yang sebelum ini telah menghantar puisi tentang Menara Eiffel kepadanya.

Gadis dari Britain itu menulis puisi tersebut pada April, selepas dia terpesona dengan mercu tanda pencakar langit berkenaan ketika melawat Paris bersama keluarganya.

-fotoKedutaanPerancis/BBC

Diberi judul ‘Centre of Attention’ , ia berbunyi: "Ia mempunyai empat kaki yang indah, yang membantunya berdiri teguh penuh bangga; Dari atas ia memandang kita semua, dengan kepalanya di atas awan.

"Ia anggun dan menggapai langit, dengan skirt berenda yang cantik, walaupun menatapnya penuh kagum, ia tidak akan lenyap dari pandangan matamu."

Sophie mengirimkan puisinya itu ke Istana Élysée, kediaman Presiden Perancis semasa lawatannya.

Macron kemudian menghantar puisinya sendiri melalui Kedutaan Perancis di London ketika hari jadi Sophie pada Rabu, lapor Telegraph.

Dia yang jelas tersentuh dengan apa yang dilakukan gadis itu, telah membalasnya juga dengan menulis tentang Menara Eiffel.

Puisi itu ditulis dalam bahasa Perancis, tetapi pihak kedutaan juga telah memberikan satu lagi salinan puisi sama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk Sophie.

Emmanuel Macron, Menara Eiffel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain