suria

Rumah Terkotor, Busuk Di Britain Ditemui?

-fotoMENmedia

BEBERAPA keping gambar menunjukkan sebuah rumah ditimbuni dengan puntung rokok, tin kosong minuman Red Bull dan pembungkus makanan telah tular.

Rumah yang terletak di Plank Lane, Leigh, Greater Manchester ini dipercayai ditinggalkan oleh penduduk setinggan.

Menerusi gambar-gambar tersebut yang dikongsi di media sosial kumpulan komuniti tempatan, puntung rokok yang menggunung dan berbau busuk telah menutupi meja dapur.

Lantai dapur tidak lagi dapat dilihat kerana ditimbuni beratus-ratus tin, botol dan beg plastik.

Gambar-gambar di bahagian sinki pula menunjukkan timbunan pinggan kotor.

Tin kosong minuman Red Bull turut dapat dilihat di sekitar rak pengering makanan, begitu juga puntung dan abu rokok.

Rumah itu dipercayai tidak berpenghuni selama beberapa minggu.

Individu yang mengambil gambar itu berkata dia sedang berjalan-jalan dan melihat pintu rumah itu terbuka, tetapi segera beredar kerana tidak tahan dengan bau busuknya. -ManchesterEveningNews

rumah kotor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain