suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model Dikebumi Pakai Gaun Pengantin

Vlada Dzyuba.

MAYAT model berusia 14 tahun yang maut akibat keletihan di China akan dihantar pulang ke Rusia dan dikebumikan dengan memakai gaun pengantin berharga 395 pound sterling.

Keluarga Vlada Dzyuba sudah membelikannya gaun tersebut memandangkan mendiang tidak sempat untuk meraikan hari bahagia itu selepas ini.

Kematian mengejut gadis itu menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai dakwaan eksploitasi tenaga kerja remaja muda untuk tugas peragaan yang penuh glamor tetapi dibayar dengan gaji rendah.

Bagi kes Vlada, dia bekerja di China tanpa diberikan insurans perubatan.

Namun, Vlada kini akan dibawa pulang ke negaranya setelah keluarga mangsa dijanjikan penghantaran pulang mayat tersebut secara percuma.

Nenek Vlada, Antonida Gorbanyuk, 69, berkata mereka sekeluarga telah memilih gaun pengantin yang disifatkan paling cantik untuk mendiang.

Keluarga tersebut masih menunggu keputusan akhir punca kematian Vlada yang kini menjadi subjek siasatan jenayah di Rusia.

Terdahulu, akhbar bahasa Inggeris, The Siberian Times mendakwa Dzyuba mati akibat jangkitan meningitis, manakala keadaannya bertambah teruk disebabkan keletihan melampau.

model, gaun pengantin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain