suria

Kisah 'Pizza' Putera Harry Bikin Pelajar Tak Keruan

PUTERA Harry telah mencuri hati sekumpulan pelajar perempuan dengan kisah pizzanya minggu ini, semasa membuat lawatan mengejut ke sebuah sekolah di Chicago.

Harry, 33, mendedahkan tentang pemakanannya kepada sekumpulan pelajar sekolah itu ketika melawat Akademi Hyde Park di South Side di bandar itu bersama Michelle Obama pada Selasa.

Paparan skrin video yang dimuat naik di laman Instagram Istana Kensington.

Dalam sebuah klip yang dikeluarkan oleh Istana Kensington pada Jumaat, kumpulan pelajar berkenaan dilihat bertanyakan Harry tentang makanan istimewa Chicago.

Seorang pelajar memberitahunya: "Apabila Putera Harry di sini, pastikan dia makan pizza Chicago."

Harry menjawab: "Malam tadi saya makan pizza, saya sudah tak makan pizza, tetapi malam tadi saya makan."

Ditanya sama ada dia telah mencuba pizza jenis ‘deep dish’, dia berkata: "Kami makan pizza nipis dan 'deep dish'. Saya janji, saya akan pastikan saya 'makan Chicago' apabila berada di bandar ini.

Perbualan santai dengan putera kacak itu telah membuatkan peminat-peminat mudanya di Hyde Park Academy berasa terhibur dan teruja.

Selain bercakap tentang pizza, Harry bercakap kepada anak-anak muda itu bagaimana mereka boleh bersuara untuk mengubah dunia, sementara Michelle mengingatkan mereka bahawa dia juga telah dibesarkan di kawasan kejiranan yang sama. -dailymailUK

Putera Harry, pizza Chicago

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain