suria

Kerana Mulut Badan Binasa

Pence ketika bersama isterinya, Karen diiring ke istiadat memperingati mangsa tragedi 9/11 baru-baru ini.
"JIKA seseorang mengupah sejumlah wang yang berbaloi, saya akan bunuh timbalan presiden."

Kata-kata itu jugalah yang mengakibatkan seorang anggota pasukan keselamatan ditahan dan dituduh kerana berniat membunuh Timbalan Presiden Amerika Syraikat (AS), Mike Pence sebelum beliau berangkat ke memorial 9/11 di Pennsylvania.
 
William Robert Dunbar, 22 dari Berlin, New Jersey didakwa pada Sabtu selepas membuat kenyataan itu  sebelum ketibaan Pence di istiadat tahunan sempena memperingati tragedi itu.


 
Polis Richland Township memaklumkan, Dunbar sedang bertugas di Pusat Latihan Tentera Nasional ketika membuat kenyataan itu.
 
Saksi berkata mereka menghubungi pegawai pemerintah  setelah mendengar Dunbar membuat ugutan berkenaan sebanyak dua kali.
 
Menurut pihak polis, Dunbar dibawa ke Pusat Perubatan Conemaugh untuk menjalani pemeriksaan sebelum dibawa ke penjara negeri dengan bon denda sebanyak AS$250,000.
 
Sementara itu, Pence meneruskan ucapan beliau di memorial berkenaan dihadapan 1,000 tetamu yang hadir untuk memberi penghormatan kepada mereka yang meninggal dalam nahas pesawat 9/11.

Pence, Dunbar

Artikel Sebelum

Berhijab Di Pentas Peragaan Dunia

Artikel Berikut

Maut Leher Dikelar Di Kubur

Artikel Lain