suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut Leher Dikelar Di Kubur

DATUK Bandar Mouscron telah ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di sebuah tanah perkuburan berhampiran kediamannya.

Mayat Alfred Gadenne ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh isterinya pada petang Isnin di tanah perkuburan Luingne yang dikawal selia mangsa.

Kematian pentadbir berusia 71 tahun dipercayai berlaku ketika beliau keluar untuk menutup tanah perkuburan berkenaan pada hari sama.

Mangsa menerajui pentadbiran Mouscron, sebuah kawasan perindustrian yang didiami 57,000 penduduk yang terletak di sempadan Bandar Lille, utara Perancis.

Kematiannya mengejutkan seluruh negara apabila Perdana Menteri, Charles Michel menganggap ia kejadian ngeri yang menimpa mangsa.

Rangkaian berita tempatan SudInfo memaklumkan, sumber yang tidak dikenali memberitahu mangsa telah menyerah diri kepada polis, namun motif pembunuhan masih belum dikenal pasti.

 

Alfred, Belgium

Artikel Sebelum

Kerana Mulut Badan Binasa

Artikel Berikut

Permata Separuh Abad Pentas Peragaan

Artikel Lain