suria

Permata Separuh Abad Pentas Peragaan

USIANYA mencecah 69 tahun, namun ia tidak menghalang wanita ini untuk mengatur langkah penuh bergaya dengan busana rekaan terkini di pentas peragaan.

Maye Musk bagaikan model pada usia remaja walaupun tampil dengan rambutnya yang putih bak salji pada Minggu Fesyen New York.

Nenek kepada 10 cucu itu berhasrat untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang peragaan selagi diperlukan untuk menyerikan pentas dan dunia fesyen.

"Selamanya, sehingga mereka berhenti menjemput saya," katanya apabila ditanya tempoh untuk menamatkan kerjayanya itu.

Musk melibatkan diri dalam bidang itu sejak usia 15 tahun di Afrika Selatan apabila berhijrah ke negara itu bersama ibubapanya yang juga warga Kanada.

Pakar permakanan ini mendirikan rumahtangga dengan jurutera, Errol Musk dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu Elon, 46, Kimbal, 44 dan Tosca, 43.

Jodoh mereka bagaimanapun berakhir selepas sembilan tahun dan beliau memilih untuk kembali ke Kanada ketika anak sulungnya melanjutkan pengajian di sana.

Kini Musk menetap di California dan mampu berbangga apabila wajahnya terpampang pada papan iklan komersial di Times Square.

Penganjur pertunjukkan fesyen, Kyeong Ji menganggap Musk sebagai wanita yang memiliki kejelitaan yang tersendiri dengan senyuman menarik dan bijak.

Maye Musk, Times Square

Artikel Sebelum

Maut Leher Dikelar Di Kubur

Artikel Berikut

Malala Terpanggil Bantu Rohingya

Artikel Lain