suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air Laut Tiba- Tiba Hilang?

LONG ISLAND: Taufan Irma yang membawa angin berkelajuan lebih 321 kilometer sejam pada Jumaat lalu telah menyebabkan berlaku fenomena luar biasa di Bahamas.

Pengguna Twitter @Kaydi_K dari Long Island menerusi tweet berkata, "Saya tidak percaya sekarang.Ini adalah Long Island, Bahamas dan laut telah hilang!!!"

Wanita itu turut memuat naik rakaman video berdurasi dua minit memaparkan dia berjalan di atas 'laut kering' yang hanya dilitupi pasir dan lumpur itu.

Seorang lagi pengguna laman blog mikro, @deejayeasya bagaimanapun menghantar tweet gambar di pantai berbeza di Bahamas yang menunjukkan ia kembali seperti biasa dalam tempoh kurang 24 jam.

Susulan kejadian itu, Perkhidmatan Cuaca Terp menjelaskan 'angin kencang' telah menyebabkan air laut itu 'ditarik' dari teluk.

"Angin kencang yang dibawa taufan Kategori 5 itu telah 'menyedut' air dari teluk cetek hingga menghasilkan kesan seperti sebelum tsunami," ujar agensi itu lagi.

Laut Bahamas, Irma

Artikel Sebelum

Ditetak, Ditembak Sampai Mati

Artikel Berikut

Irma 'Bantu' Banduan Lolos

Artikel Lain