suria

Cuti Bersama Buaya Gergasi?

Berani untuk berada dekat dengan buaya gergasi ini? Foto Crocosaurus Cove/mediadrumworld.com

ORANG ramai kini boleh menikmati percutian untuk bersama seekor buaya air masin gergasi sepanjang 16 kaki.

Sesi berkenaan hanya memisahkan buaya dan pengunjung menerusi satu penghadang nipis yang diperbuat daripada plastik.

Tarikan pelancong terbaharu itu dikenali sebagai Cage of Death terletak di Darwin, Great Barrier Reef di Australia.

Pengalaman bersama seekor buaya gergasi berukuran 16 kaki. Foto Crocosaurus Cove/mediadrumworld.com

Pelancong hanya perlu membayar £103 (RM565) untuk berada di dalam kandang akuatik itu sambil menyaksikan haiwan gergasi itu selama 30 minit.

Mereka kemudiannya akan diturunkan ke dalam kolam besar untuk melihat buaya tersebut dengan lebih dekat.

Makanan buaya akan diberikan penyelia berdekatan dengan kandang itu bagi membolehkan pengunjung melihat pergerakan haiwan tersebut menerusi pemandangan 360 darjah di dalam air. - Mail Online

Artikel Sebelum

Sebab Kencing, Lelaki Sogok Polis

Artikel Berikut

Atlet Renang Britain Didakwa Rogol

Artikel Lain