suria

Sebab Kencing, Lelaki Sogok Polis

Gambar hiasan.

SINGAPURA: Seorang lelaki warga India pada Khamsi dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu kerana cuba memberi sogokan kepada seorang polis bantuan, menurut satu kenyataan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CIPB).

Palaniappan Ramanathan didakwa di mahkamah pada 27 Julai lalu dengan satu pertuduhan merasuah Hairul Azrin Anual, yang merupakan polis bantuan.

Dia didakwa cuba memberi sogokan bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan.

Hairul menahan Palaniappan kerana membuang air kecil di Stesen MRT Jurong East pada 14 April lalu.

Dia bersama rakan pasukannya memberitahu Palaniappan bahawa membuang air kecil di tempat awam merupakan satu kesalahan.

Hairul kemudian meminta Palaniappan menunjukkan permit kerja, sebaliknya ditawarkan S$10 (RM31) untuk dilepaskan.

Bagaimanapun, Hairul menolak rasuah itu dan memberi amaran kepada Palaniappan bahawa rasuah adalah satu kesalahan di Singapura.

Perkara tersebut dilaporkan kepada CPIB.

Mana-mana individu yang didapati bersalah berhubung rasuah boleh dipenjarakan sehingga lima tahun atau denda maksimum S$100,000 (RM312,897) atau kedua-duanya sekali. – The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Lelaki Minta Maaf Rompak Bank!

Artikel Berikut

Cuti Bersama Buaya Gergasi?

Artikel Lain