suria

Tak Tahan Sakit, Pasangan Gigi Rongak Cabut Gigi Sendiri

-fotoBenLack/metroUK

PASANGAN penganggur berkata mereka terpaksa mencabut gigi mereka sendiri kerana tidak tahan sakit selepas menunggu rawatan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) selama empat tahun.

Rebecca Brearey dan Nick Oldroyd melakukan 'pembedahan' sendiri setelah lama menjadikan minuman keras sebagai anestetik.

Mereka cuba menghilangkan kesakitan dengan mengambil ubat tahan sakit dan alkohol selama beberapa tahun sebelum memusnahkan gigi mereka yang rosak teruk menggunakan tangan.

Pasangan dari Dewsbury, West Yorkshire, telah membuat rayuan rawatan sejak tahun 2013.

Tetapi mereka diberitahu oleh setiap doktor gigi yang dihubungi bahawa pendaftaran mereka mengalami kelewatan selama dua tahun.

Rebecca berkata: "Kami cuba selama empat tahun tetapi tidak ada doktor gigi yang mahu melakukannya. Setiap kali saya pergi, saya diberitahu pesakit di NHS berada dalam senarai menunggu selama dua tahun.

"Keadaan menjadi sangat buruk selepas kami mengambil paracetamol dan alkohol, saya mencabut sendiri gigi-gigi saya yang rongak.

"Keadaan gigi saya telah membuatkan saya tertekan dan saya telah merayu kepada doktor gigi NHS, tetapi setiap kali saya pergi rayuan saya tidak diendahkan.

Oldroyd berkata: "Saya duduk di sana selama beberapa hari sehingga sakit itu sampai ke kepala dan mengganggu tidur saya.

"Saya minum minuman keras untuk menahan rasa sakit sehinggalah satu malam saya mencabutnuya sendiri.

"Gigi atas saya sudah tiada. Saya cuba mencari kerja dan apabila mereka melihat gigi saya, mereka fikir hanya buang masa mengambil saya bekerja.

"Saya percaya jika mendapat rawatan pergigian, saya mungkin dapat memulakan kehidupan saya," katanya. -metroUK

rawatan gigi, NHS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Ditemui Mati Di Gim

Artikel Lain