suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditemui Mati Di Gim

Gambar hiasan.

SEOUL: Seorang lelaki berusia 69 tahun maut semasa mengangkat berat 90 kilogram tanpa bantuan, menurut polis pada Khamis.

Insiden tersebut berlaku pada awal pagi di sebuah gim di Geoje, dekat Busan.

Pemilik gim menemui lelaki itu mati dalam keadaan pemberat di bahagian lehernya, pada kira-kira pukul 9.10 pagi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki tersebut mengangkat berat beberapa kali pada kira-kira pukul 8.10 pagi, sebelum secara tiba-tiba menjatuhkan pemberat berkenaan.

Bagaimanapun, tiada orang lain di tempat kejadian untuk memberikan bantuan. – The Korea Herald/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain