suria

Wanita Ditahan Cuba Panjat Rumah Bekas Teman Lelaki

SINGAPURA: Seorang wanita ditahan pada Ahad selepas suspek cuba memanjat ke tingkat dua sebuah flat untuk menceroboh masuk ke rumah seorang lelaki yang dipercayai bekas teman lelakinya.

Insiden tersebut berlaku sekitar pukul 1.30 petang di Blok 336B, Anchorvale Crescent.

Yusliena Zulkifli Smith memberitahu Lianhe Wanbao bahawa dia sedang menyidai pakaian ketika dia nampak wanita itu berada di belebas balkoni sebuah unit dari luar tingkap kediamannya di tingkat tiga.

Katanya, wanita tersebut sedang mengintai tingkap dapur unit berkenaan yang terletak setingkat di bawahnya.

"Saya menjerit dan tanya apa yang dia sedang lakukan," kata Yusliena.

"Dia tidak menjawab tetapi meletakkan jari di bibir dan meminta saya untuk senyap."

Wanita tersebut meninggalkan unit berkenaan dan Yusliena terus menghubungi polis.

Polis memberitahu The Straits Times pada Isnin bahawa mereka dimaklumkan mengenai kes tersebut pada pukul 1.36 petang.

Wanita berusia 21 tahun itu kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, suspek mahu mengunjungi rumah bekas teman lelaki tetapi ditolak oleh lelaki tersebut membuatkan wanita itu nekad memanjat turun dari tingkat tiga ke unit berkenaan di tingkat dua. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Bapa Pijak, Pulas Bayi Sampai Mati

Artikel Berikut

Kecoh Pramugari Kena Pukul

Artikel Lain