suria

Putera William, Kate Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

Putera William (kanan) bersama Kate Middleton. Foto AFP

PASANGAN diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton bakal menimang cahaya mata ketiga.

Berita gembira itu diumumkan menerusi satu kenyataan oleh Istana Kensington: "Yang Mulia Duke dan Duchess of Cambridge amat sukacita mengumumkan bahawa Duchess of Cambridge bakal menimang cahaya mata yang ketiga."

Pengumuman mengenai kehamilan Kate.

Ratu Elizabeth dan keluarga diraja Britain turut gembira dengan berita tersebut.

Seperti dua kehamilan sebelum ini, Kate mengalami alahan atau 'morning sickness'. 

Kate ketika ini diberikan penjagaan di Istana Kensington. 

Pasangan diraja itu mempunyai dua anak, masing-masing Putera George Alexander Louis, 4, dan Puteri Charlotte Elizabeth Diana, 2. - Mail Online

Putera William, Kate Middleton

Artikel Sebelum

Kecoh Pramugari Kena Pukul

Artikel Berikut

Artikel Lain