suria

Jambang Anjing, Kerawang Bawa Tuah

Jason Kiley mendapat gelaran 'Best in Show' pada Kejuaraan Jambang dan Misai Dunia 2017 di Austin, Texas, Ahad malam. Foto AFP

JAMBANG pun ada pertandingan yang dianjurkan untuk memilih bentuk bulu pada wajah yang paling unik di dunia.

Ribuan penggemar gaya misai dan jambang mengunjungi Austin, Texas pada Ahad bagi menyaksikan Kejuaraan Jambang dan Misai Dunia 2017.

Pemenang dipilih mengikut pelbagai kategori termasuk misai, jambang separuh dan penuh.

Jason Kiley (kanan), Isaiah Webb (tengah) dan Aarne Bielefeldt (kiri) dipilih sebagai tiga teratas bagi kategori gaya jambang penuh. Misai dan jambang Webb dihias seperti kepala anjing. Foto AFP

Kategori 'Best in Show' dimenangi Jason Kiley kerana jambangnya penuh bergaya seperti kerawang dalam saingan yang diadakan pada Ahad malam.

Isaiah Webb turut menduduki tiga teratas dengan misai dan jambangnya mempunyai gaya seperti kepala anjing.

MJ Johnson menduduki tempat pertama bagi kategori jambang di pipi, manakala Norbert Topf dimahkotakan sebagai pemenang bagi kategori gaya separuh jambang.

Michael Wollin pula memenangi bagi kategori jambang penuh dengan ukuan jambang 60 sentimeter. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain