suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Syarikat Muflis Jadi Air Force One

PESAWAT Boeing 747 milik syarikat penerbangan Rusia yang muflis akan diubah suai menjadi Air Force One.

Sumber memberitahu, pembelian pesawat itu dapat menjimatkan berbilion dolar selepas Presiden Donald Trump menganggap kos projek menggantikan pesawat itu keterlaluan.

AFP dimaklumkan, Boeing telah bersedia untuk menjual dua pesawat 747-8 kepada pasukan tentera udara Amerika Syarikat.

Air Force One sebenarnya beroperasi dengan dua pesawat, iaitu sebuah untuk kegunaan presiden, manakala satu lagi simpanan.

Pesawat itu telah ditempah pada 2013 tetapi syarikat penerbangan itu, Transaero telah jatuh muflis dua tahun kemudian.

"Usaha masih dilakukan untuk memeterai perjanjian bagi membeli dua pesawat Boeing itu," katanya yang menjangka pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Proses pengubahsuaian 747-8 jumbo jet kepada pesawat yang lengkap dengan pelbagai teknologi terkini dijangka mencecah AS$3.2 bilion.



Air Force One, Trump

Artikel Sebelum

Kuku Palsu Kucing

Artikel Berikut

Dah Hilang Akal Agaknya!

Artikel Lain