suria

Pelancong Terkandas Gara-Gara Penyu Bertelur

PELANCONG British akhirnya pulang ke rumah selepas tiga hari terkandas di Zante, kepulauan Greek untuk tidak mengganggu proses pembiakan penyu.

Masalah teknikal melibatkan pesawat EasyJet ke London Gatwick juga brlaku sejak Ahad lepas.

Pesawat bajet itu cuba menerbangkan penumpang terkandang, tetapi masa terhad untuk melakukan pendaratan waktu malam kerana proses penyu bertelur menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membatalkan penerbangan.

Lapangan terbang Zakynthos adalah satu-satunya lapangan terbang di pulau itu dan ia terletak berdekatan pantai.

Setakat Ahad, kira-kira 40 daripada 180 orang yang membuat tempahan penerbangan telah kembali ke UK dengan pesawat EasyJet.

Penumpang yang terkandas tidak berpuas hati kerana mereka ditinggalkan tanpa diberi bekalan makanan dan minuman, selain sukar mendapat bilik hotel kerana ketika ini adalah musim pelancongan.

Salah seorang penumpang, George Trefgarne, telah menempah penerbangan bersama isteri dan dua anak mereka ketika mereka cuba untuk pulang ke London.

“Kami adalah antara yang berjaya keluar dan menaiki pesawat Thomson selepas menunggu  selama sembilan jam di lapangan terbang tanpa apa-apa maklumat.

“Terdapat ramai keluarga yang mempunyai anak kecil tetapi EasyJet tidak menawarkan apa-apa makanan atau minuman. Saya rasa kasihan pada mereka yang tertinggal,” kata Trefgarne.

Mereka yang tidak berjaya pulang dengan pesawat lain terpaksa menginap di Zakynthos, dan berharap pesawat ke Gatwick akan berlepas pada Selasa pada pukul dua petang selepas dua hari penangguhan.

Jurucakap EasyJet berkata, pihaknya tidak mampu meneruskan penerbangan pesawat EZY8746 ke London Gatwick pada Ahad kerana masalah teknikal.

“Keselamatan penumpang dan kru pesawat adalah keutamaan kami dan operasi akan diteruskan apabila ia selamat untuk berbuat demikian.

“Kami cuba untuk mengurangkan tempoh penangguhan dan merancang untuk menghantar pesawat pengganti. Malangnya, kerana had masa yang dikenakan pada waktu malam di lapangan terbang, kami tidak sempat menerbangkan pesawat ke lapangan terbang pada Isnin. Pesawat akan berlepas pada tengahari Selasa.

“Kira-kira separuh dari penumpang telah menaiki pesawat lain pada tengahari Isnin. Penumpang telah diberikan kemudahan hotel dan duit, selari dengan undang-undang Eropah.

“Kami meminta maaf di atas penangguhan dan berterima kasih kepada penumpang yang memahami,” kata jurucakap itu.

Mengikut undang-undah Eropah, penumpang yang mengalami penangguhan selama lebih dari tiga jam oleh pesawat perjalanan berjarak dekat, akan menerima pampasan sebanyak £220 (RM1,245).

Penerbangan dari atau ke Zante-Gatwick, biasanya mengambil masa tiga setengah jam dan selalunya melibatkan ramai pelancong British, terutama ketika musim panas.


Zante, penyu

Artikel Sebelum

Dah Hilang Akal Agaknya!

Artikel Berikut

Artikel Lain