suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kambing Punca Wartawan Ditahan Fitnah Menteri

DHAKA: Isu berkaitan kambing yang diberikan kerajaan mengakibatkan seorang wartawan ditahan kerana didakwa memfitnah seorang menteri di Facebook.

Wartawan dari selatan negara itu dikatakan telah menyebarkan berita kononnya kambing yang diagihkan kerajaan pada waktu pagi itu telah mati pada sebelah petang.

Wartawan akhbar harian berbahasa Benggali, Abdul Latif Morol, ditahan sebelum subuh di bandar Dumuria selepas pemberita akhbar saingan memfailkan kes menurut undang-undang tegas internet.

"Aduan menyatakan Morol memfitnah Menteri Perikanan dan Ternakan negeri, Narayan Chandra Chanda, selepas membuat kenyataan menghina beliau dalam Facebook," kata ketua polis tempatan, Sukumar Biswas.

Chanda ialah tetamu kehormat majlis anjuran jabatan ternakan kerajaan negeri, iaitu sebahagian daripada kementeriannya, di Dumuria Sabtu lalu.

Pada majlis berkenaan, ternakan termasuk kambing, ayam dan itik disumbangkan kepada petani miskin, tetapi seekor kambing mati tidak lama selepas itu.

Ia mendorong Mosol menulis di Facebook 'Kambing diberikan menteri pada waktu pagi, mati pada petangnya.'

Aduan mendakwa kenyataan Mosol bertujuan merendahkan imej Chanda secara sosial dan peribadi sedangkan beliau sepatutnya menyalahkan pegawai ternakan dan bukan menteri. - AFP


Abdul Latif Morol, Benggali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain