suria

Suami Saksi Saat Isteri, Anak Dirempuh Lori

SUAMI menyaksikan isteri dan dua anak terbunuh dalam nahas jalan raya dan lebih menyedihkan tragedi itu berlaku ketika keluarga itu sedang bercuti.

Empat beranak itu sedang bercuti apabila kereta mereka berlanggar dengan sebuah lori M&S (Marks & Spencer) pada minggu kedua cuti sekolah.

Ayah tiri kanak-kanak itu berada di dalam kereta yang berlainan dan dipercayai menyaksikan tragedi itu melalui cermin pandang belakang ketika memandu di hadapan mereka.

Mereka sedang bercuti bersama di Devon apabila kereta isterinya berlanggar dengan sebuah lori di A361 berdekatan Barnstaple, pada kira-kira jam 8.25 pagi, Isnin.

Wanita dan salah seorang anaknya maut di tempat kejadian iaitu kedudukan antara Aller Cross dan Landkey.

Seorang lagi anaknya dibawa ke hospital dengan ambulans udara. Namun, mangsa menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian.

Keluarga itu dipercayai berasal dari kawasan Milton Keynes.

Inspektor Richard Mclellan berkata, dua kereta menuju ke Barnstaple apabila salah satu memasuki laluan tengah dan berlanggar dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Dia mengesahkan kereta lelaki yang merupakan suami pada wanita itu berada di hadapan kereta mangsa apabila kemalangan berlaku dan menyaksikan tragedi itu.

Polis sedang mencari saksi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Penutupan jalan dilakukan di persimpangan Barat Buckland dan persimpangan Lankey di A361, sementara pegawai menjalankan penyiasatan.




Devon, Barnstaple

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sebab Tak Sabar Kan...

Artikel Lain