Jordan Haram Majalah Gay Dalam Talian - Dunia | mStar

Jordan Haram Majalah Gay Dalam Talian

AMMAN: Kerajaan Jordan mengharamkan majalah gay yang diterbitkan secara dalam talian kerana didapati beroperasi tanpa lesen, lapor agensi berita China Xinhua pada Isnin.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Media Jordan Mohammad Outishat berkata, majalah itu beroperasi tanpa lesen dan ia menyalahi Artikel 49 Undang-Undang Akhbar dan Penerbitan, memetik sumber agensi berita Petra.

Pihak pengarang majalah mendakwa, majalah berkenaan beroperasi dengan lesen sah namun dakwaan itu dikatakan tidak benar.

Laporan itu, tidak mendedahkan nama majalah tetapi difahamkan majalah gay dalam talian My.Kali yang diterbitkan dalam bahasa Arab dan Inggeris pernah dikeluarkan pertama kali pada Mei 2016.- Bernama


gay , Jordan , My.Kali

Artikel Sebelum

Arab Saudi Lancar Projek Laut Merah

Artikel Berikut

BBQ Di Udara Pun Ada Okay!

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia