suria

Hamza Ikrar Tuntut Bela Kematian Osama

HAMZA, anak lelaki Osama Bin Laden telah mengirimkan mesej khas buat kerabat diraja Saudi menyuarakan hasrat untuk menuntut bela kematian bapanya.

Pernah menuduh pemerintah Arab Saudi, Abdul-Aziz bin Rahman Al Saud sebagai ejen British, pemuda berusia 28 tahun ini meneruskan agenda untuk memimpin Al-Qaeda.

Januari lalu, Hamza adalah antara penjenayah yang dipantau risikan Amerika Syarikat (AS) kerana terlibat dalam kegiatan pengganas.

Hamza (kanan) bersama bapanya, Osama.

Bekas ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang pernah membaca surat ditulis Hamza ketika berusia 22 tahun mendakwa, anak lelaki Osama itu sedang bersiap sedia untuk menuntut bela kematian bapanya.

Ali Soufan juga percaya Hamza berkebolehan untuk memimpin Al-Qaeda, demikian dilaporkan CBS News.

Malahan, berdasarkan pemantauan terhadap semua mesej yang diedarkan Hamza didapati pendirian utamanya adalah untuk membalas dendam.

Osama dibunuh dalam serangan tentera AS di Abbottabad, Pakistan pada 2 Mei 2011.

Susulan itu, banyak surat yang ditulis Hamza kepada ahli keluarga dan anggota kanan Al-Qaeda telah diedarkan.




Hamza, Al-Qaeda

Artikel Sebelum

BBQ Di Udara Pun Ada Okay!

Artikel Berikut

Artikel Lain