Mati Setiap Kali Tidur - Dunia | mStar

Mati Setiap Kali Tidur

LIAM Derbyshire dilahirkan dengan penyakit tidak dapat bernafas ketika tidur.

Pihak doktor memberitahu ibu bapanya bahawa Liam tidak akan mampu hidup selepas enam minggu. Namun keajaiban berlaku apabila berjaya mengatasi jangkaan  itu dan bakal menyambut kelahirannya ke-18 tahun tidak lama lagi.

Derbyshire mengidap penyakit simdrom central hipoventilasi (CHS) yang berpunca daripada gangguan sistem saraf.

Dianggarkan hanya 1500 orang di seluruh negara yang menghidapi penyakit tersebut.

Namun, dalam kes Derbyshire adalah yang paling teruk.

Tanda-tanda paling serius penyakit itu apabila pesakit tidak dapat menikmati tidur yang tenang dan sihat. Malah ia boleh membunuh ketika tidur Derbyshire akan berhenti bernafas sebaik sahaja dia melelapkan mata.

Sehingga kini remaja itu tidur di atas sebuah katil perubatan yang disambung dengan sistem bantuan pernafasan terus kepada paru-paru dan turut dipasangan dengan pengesan vital.

Malah di biliknya juga penuh dengan peralatan hospital. Pun begitu Derbyshire tidak lupa untuk menghabiskan masanya dengan permainan Lego.

Walaupun dikatilnya dilengkapi dengan pengesan vital, seseorang perlu sentiasa bersama dengannya bagi memantau sebarang kecemasan berlaku.

Menurut ibunya Kim, menjaga Derbyshire merupakan sesuatu yang rumit.

Derbyshire (tengah) bersama kedua ibubapanya.

"Kami sentiasa mahu Liam kehidupan yang normal sebaik mungkin. Dia telah melalui lebih daripada apa yang dijangkannya.

"Setiap hari adalah bonus kepadanya," ujar Kim.

Liam bukan sahaja berjaya melepasi tempoh anggaran enam minggu yang diberikan pihak doktor, malah dia turut melawan kanser pada sebelum ini.

"Perkara tidak normal berlaku ke atasnya apabila berdepan dengan kanser dalam tubuhnya dan dalam masa sama mengalami masalah usus.

"Saya tidak pernah bertemu dengan pesakit yang mempunyai banyak penyakit dan masih hidup. Dia seorang budak yang unik," kata Dr. Gary Connet.

Dalam pada itu kedua-dua ibu bapa remaja tersebut memberitahu kepada BBC: “Tiada siapa yang tahu had kehidupannya. Jika kami mendengar nasihat doktor dahulu, mungkin sekarang dia sudah tiada.

“Kami tidak menyangka dia boleh hidup lama, ini adalah bukti bahawa harapan masih wujud.”

Berdasarkan kondisi masalah kesihatan, Derbyshire terus menjalani rawatan, dan dengan bantuan keluarganya, dia dijangka mampu hidup berdikari walaupun keadaan yang amat rumit.


Artikel Sebelum

Dapat Anak, Hilang Suami

Artikel Berikut

Dihalau Dari Pesawat Kerana Tatu?

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain