suria

Dihalau Dari Pesawat Kerana Tatu?

Stretton-Mellor (dua kanan) bersama anak dan cucu-cucunya.

SEBUAH keluarga British dihalau keluar dari sebuah pesawat kerana dikatakan memiliki tatu di muka.

Davi Stretton-Mellor,33, bersama isteri, anak, menantu dan cucu-cucunya dalam penerbangan ke Gran Canaria dan mendakwa mereka dikepung ketika berada di tempat duduk.

Stretton-Mellor berkata, dia juga diiringi pihak polis selepas pesawat Ryanair mengubah laluan ke Santriago de Compostella di utara Sepanyol dan dipaksa keluar dari pesawat.

"Saya memang mempunyai tatu di muka, dan saya rasakan ia satu diskriminasi. Sebelum itu, terdapat penumpang lain yang membuat bising dan menghentam kerusi dan saya meminta mereka supaya berhenti. Saya memberitahunya dengan baik".

Bagaimana pun, menurut Stretton-Mellor keadaan menjadi sebaliknya.

Gara-gara insiden tersebut, mereka terpaksa bermalam di hostel di Santiago De Compostella sebelum ke destinasi percutian di Las Palmas.

Tatu, Ryanair

Artikel Sebelum

Mati Setiap Kali Tidur

Artikel Berikut

Artikel Lain