suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marin Mexico Tumpaskan Geng Samseng

KETUA organisasi jenayah keganasan Mexico, Felipe de Jesus Luna antara yang maut dalam pertempuan dengan pasukan keselamatan negara itu.

Kejadian melibatkan sembilan penjenayah itu disahkan pasukan tentera laut Mexico.

Ia berlaku ketika pasukan marin melakukan rondaan di Tlahuac, iaitu kawasan yang terletak di tenggara Mexico City, sebelum mereka diserang anggota geng terbabit.

Tentera laut berkata, anggota kumpulan samseng itu dipercayai terbabit dalam urus niaga dadah, pemerasan, pembunuhan dan penculikan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan sama ada berlaku kecederaan membabitkan anggota marin.

"Pasukan marin berada di kawasan itu susulan maklumat risikan mengenai kewujudan jenayah membabitkan geng tempatan," kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Kejadian itu adalah antara pertempuran paling ganas membabitkan pasukan keselamatan dan penjenayah selepas 17 anggota kumpulan geng terbunuh di kawasan barat laut Mexico pada akhir Jun lalu. - Reuters



Mexico, Tlahuac

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain