suria

"Minta Maaf, Ayam"

SEORANG penyeludup dadah dipaksa meminta maaf kepada dua ekor ayam selepas memaksa haiwan tersebut menelan bungkusan yang mengandungi dadah.

Dalam kejadian di Chiang Mai, Thailand, suspek dikenali sebagai Charnut Seuksongkram, 29, dicekup pihak polis selepas didakwa memaksa seekor daripada ayam tersebut menelan tiga tiub mengandungi dadah.

Seekor lagi ayam dipaksa menelan empat tiub dadah jenis syabu.

Dia ditahan ketika membawa dua ekor ayam itu di dalam kotak dan menunggu perkhidmatan tuk-tuk sebelum perbuatannya dikesan oleh pegawai polis yang berasa curiga dengan tindakan suspek.

Mereka kemudiannya melakukan pemeriksaan dan membuka kotak tersebut sebelum mendapati perut ayam berkenaan kelihatan kembung.

Lebih menakjubkan, polis berjaya menyelamatkan ayam berkenaan dan mengeluarkan bungkusan yang mengandungi kira-kira 1,400 pil syabu.

Selepas dikeluarkan, Seuksongkram menangis selepas dipaksa meminta maaf kepada haiwan tersebut kerana berlaku kejam kepada ayam berkenaan.

Suspek mengaku membeli dua ayam tersebut untuk menyeludup dadah dan dia didakwa atas kesalahan berkaitan dadah serta menganiaya haiwan.

Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut. - MAIL ONLINE


Dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain