suria

Bayi Comel Pasangan Viral Tak Sepadan

JEJAKA kelahiran Padang, Sumater Barat, Bayu Kumbara yang menjadi viral gara-gara menikahi seorang wanita cantik dari Britain Jennifer Brocklkehurst pada 2015 kembali menjadi bualan hangat netizen.

Kali ini netizen memuji anak pasangan itu, Olivia Azzahra Kumbara yang dilahirkan pada Oktober tahun lalu.

Meskipun pasangan itu diibaratkan seperti 'Beauty and The Beast', Olivia dilahirkan dengan wajah mirip Jennifer.

Bayi comel itu memiliki rambut hitam dan bermata bulat.

[ Type in your image caption here ]

Malah, Jennifer menerusi Instagram turut berkongsi gambar terbaharu Olivia yang kini berusia 10 bulan.

Menariknya Jennifer dan bayinya langsung tidak kekok menjalani kehidupan di kampung.

Sebelum ini gambar perkahwinan pasangan ini tular di media sosial termasuk di Malaysia apabila Bayu, jejaka lulusan Universiti Andalas, Padang ini berjaya memikat hati Jennifer.


Jennifer melancong ke Padang dan Bayu menjadi pemandu pelancongnya.

Dia terpikat dengan keramahan Bayu hingga akhirnya bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

Menurut Jennifer, Bayu merupakan seorang lelaki yang baik dan dia selesa bersama dengan lelaki itu hingga sanggup berkahwin dengannya.

Bayu Kumbara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Misteri Mesin ATM...

Artikel Lain