suria

Lelaki Bermuka 'Sotong' Hidup Sendirian

SUKAR untuk membayangkan kehidupan seorang lelaki di China ini yang digelar sebagai 'lelaki sotong' oleh orang asing ekoran ketumbuhan yang dialaminya.

Malah keadaan matanya yang buta selain dihimpit kemiskinan membuatkan Chi Zhoujing hidup bersendirian selepas dipinggirkan oleh masyarakat setempat di tenggara China.

Menurut laporan Mail Online, lelaki berusia 24 tahun itu menghidap ketumbuhan di bahagia kepalanya sejak dilahirkan dan kelihatan seperti sotong.

Disebabkan saiz ketumbuhan itu membesar dengan pantas, Zhoujing hilang daya penglihatan.

Keluarganya yang miskin juga tidak mampu menampung kos perubatan bagi merawat Zhoujing.

Kini, Zhoujing hanya hidup jauh daripada masyarakat tetapi masih mampu meneruskan kehidupan dengan bantuan daripada pihak kerajaan.

Lelaki Sotong, Ketumbuhan

Artikel Sebelum

"Minta Maaf, Ayam"

Artikel Berikut

Artikel Lain