suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Thailand-Malaysia Buru Lelaki Warga Pakistan

BANGKOK: Polis Thailand dan Malaysia sedang memburu seorang lelaki Pakistan yang didakwa membunuh isterinya di Bangkok pada Rabu.

Mahkamah Bangkok telah meluluskan waran tangkap untuk Mien Wakas Ahmad , 27, yang dipercayai telah melarikan diri ke Malaysia.

Jelas pihak polis, Ahmad meninggalkan rumah yang disewa bersama isterinya di Nongchok di sekitar pukul 3 petang Rabu, dan mengambil teksi ke Lapangan Terbang Don Muang sebelum ke Hat Yai dan seterusnya menuju ke sempadan Malaysia.

Polis sempadan telah dimaklumkan baggi membantu memburu lelaki tersebut.

Mayat isterinya, Napassorn Pathan, 39, ditemui di rumah oleh dua anak dari perkahwinan pertamanya ketika mereka pulang dari sekolah.

Beberapa jiran memberitahu polis mereka telah mendengar pasangan itu bertengkar sejak tiga hari lalu sebelum pembunuhan berlaku. - The Nation / Asia News Network

Bunuh isteri

Artikel Sebelum

Kecuaian Yang Membawa Padah!

Artikel Berikut

Artikel Lain