suria

Awas Sindiket 'Card Reader'!

JIKA anda menerima kiriman peralatan digital kad bank, mohon berhati-hati.

Malah anda perlu mengambil langkah sama walaupun kiriman itu diiringi dengan 'surat rasmi; daripada bank.

Ini kerana taktik kiriman peralatan itu bersama sepucuk surat merupakan usaha sindiket penjenayah yang mahu mencuri duit anda tanpa disedari.

Berdasarkan satu perkongsian kisah seorang rakan mangsa di Britain baru-baru ini menerusi laman Facebook, Patricia Barry dari Greater Manchester memberi amaran bahawa rakannya sudah kerugian kesemua wang simpanannya.

Menurut Patricia, rakannya yang merupakan wanita dari Kent, menerima pembaca kad digital kira-kira dua minggu lalu dan sepucuk surat yang ditandatangani 'The Royal Bank of Scotland.'

Pada mulanya, mangsa mengabaikan kiriman peralatan tersebut kerana dia lebih gemar hadir ke bank berbanding menggunakan perpindahan secara dalam talian.

Namun pada Isnin lalu, dia mendakwa menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai bank.

"Lelaki itu meminta pengesahan sama wanita terbabit telah menerima kiriman tersebut tetapi mangsa mengatakan mahu memulangkan semula alat berkenaan.

"Namun lelaki tersebut meminta mangsa untuk memasukkan kad dan nombor pin bagi membatalkan kiriman terbabit," kata Patricia.

Keesokkan harinya, mangsa pergi ke bank dan mendapati semua wang simpanannya telah hilang, dipercayai dicuri menerusi peralatan digital yang diterimannya.

"Mujur dia mendapat semula wang tersebut, tetapi sistem digital terbaharu ini perlu diambil perhatian walaupun ia kelihatan seperti tulen daripada pihak bank," kata Patricia lagi.

Status dalam Facebook itu telah dikongsi sebanyak 50,000 kali.

Pihak The Royal Bank of Scotland turut meminta orang ramai agar berhati-hati dengan sindiket tersebut. - Metro.uk

Jenayah, Kad Bank

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain