suria

Lelaki Patung Ken Bakal Kehilangan Hidung

RODRIGO Alves.

RODRIGO Alves, lelaki yang dikenali sebagai Manusia Ken Doll kerana menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti patung popular Ken, berdepan risiko kehilangan hidungnya.

Doktor yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas Alves, Dr Paul Nassif berkata, kesan buruk itu boleh berlaku selepas akibat komplikasi di bahagian hidung yang menyebabkan organ deria lelaki tersebut bertukar hitam.

Perkara itu dedahkan selepas Alves, 33, mengakui dia mengami kesuarakan untuk bernafas dan terpaksa meminta bantuan doktor membetulkan keadaan tersebut.

"Saluran hidung Alves menjadi terlalu kecil selepas menjalani pembedahan plastik dan kesannya merupakan mungkin paling teruk yang pernah saya lihat sepanjang karier.

"Kesan ini dikenali sebagai 'perkembangan tisu lembut' kerana anda menjalani tiga pembedahan dalam tempoh 12 hingga 15 bulan, sekali gus merosakkan tisu anda," katanya.

Dr Nassif berkata, sebarang pembedahan lanjut terlalu berisiko memandangkan hidung Alves masih dalam proses penyembuhan daripada pembedahan sebelum ini.

Sementara itu, Alves meluahkan kebimbangannya selepas pakar bedah itu tidak boleh melakukan pemeriksaan lanjut disebabkan saluran hidung yang terlalu kecil dan menyukarkan alat bedah dimasukkan.

"Saya rasa seperti mahu menangis tetapi saya cuba bertahan.

"Saya benar-benar sangat bimbang. Hidung saya sangat sempurna (sebelum ini) dan ini merupakan pembedahanan yang terakhir.

"Saya berasa sangat malang," katanya.

Alves menjadi popular di seluruh dunia selepas menjalani 51 kali pembedahan dan 105 rawatan kecantikan dengan melibatkan jumlah 375,000 pound sterling.


Ken Doll, Rodrigo Alves

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain