suria

Perancis Naikkan Harga Rokok

PARIS: Perancis akan menaikkan harga rokok kepada 10 euro(RM49) setiap pek dalam tempoh tiga tahun, kata Menteri Kesihatan, Agnes Buzyn.

Pengumuman itu menjadikan harga tembakau di Perancis sebagai antara yang tertinggi di Eropah.

Ketika ini, setiap kotak yang mengandungi 20 batang rokok hanya berharga 7 euro (RM34) di negara tersebut, lebih rendah berbanding 10 euro di Britain dan Ireland.

“Perancis merupakan salah sebuah negara yang paling kurang kesedaran mengenai bahaya merokok di dunia. Kenaikkan harga yang besar diperlukan untuk mendapatkan kesan terhadap peningkatan kesihatan awam,” kata Buzyn.

Buzyn memberitahu stesen radio RTL bahawa kadar merokok di Britain telah menurun daripada 30 peratus kepada 20 peratus sepanjang sedekad yang lalu apabila kerajaan meneruskan dasar kenaikan harga yang tinggi, manakala kadar merokok di Perancis masih kekal 30 peratus.

Pemimpin kerajaan baharu berhaluan tengah, Presiden Emmanuel Macron telah mengumumkan sasaran beberapa penjagaan kesihatan berprofil tinggi termasuk memanjangkan tempoh vaksinasi wajib, perlindungan awam penuh terhadap penjagaan gigi dan kaca mata selain meningkatkan cukai tembakau.

Pertubuhan Kesihatan Dunia berkata, jumlah perokok di Perancis adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding di Britain dengan sebanyak 19 peratus daripadanya orang dewasa atau kira-kira satu daripada lima individu merupakan perokok. – Reuters


Perancis, euro, rokok

Artikel Sebelum

Lukis Potret Guna Darah

Artikel Berikut

Artikel Lain