suria

Kina Shen, Manusia Atau Patung?

APABILA melihat gambar-gambar Kina Shen yang mempunyai ramai pengikut di Instagram, sukar untuk membezakan model China ini sama ada dia adalah manusia atau patung.

Ramai pihak sebelum ini cuba bersolek dan berpakaian untuk kelihatan seperti 'patung bernyawa' tetapi hanya segelintir yang berjaya melakukannya termasuk Kina Shen.

Model yang berasal dari Shenzen itu memiliki wajah comel dan berkulit cantik persis patung.


Dengan kecantikan yang dimiliki, Kina juga amat berbakat apabila bersolek, sekali gus memudahkan hasratnya untuk menjadi 'patung'.

Kina Shen membuka sebuah akaun di Instagram pada 2013, sejak itu, dia sudah mempunyai lebih dari 440,000 pengikut yang mahu mengetahui perkembangan dirinya.

Segelintir peminatnya amat taksub dengan penampilan Kina sehingga ada yang sanggup menjadikan wanita itu sebagai inspirasi.

Sebagai contoh, seorang lelaki yang merupakan pakar permain video mencipta karakter berdasarkan wajah Kina dalam permainan The Sims 4. -  ODDITY CENTRAL

Kina Shen

Artikel Sebelum

Perancis Naikkan Harga Rokok

Artikel Lain