suria

Lukis Potret Guna Darah

KEL CRUZ, 26, adalah seorang seniman dari Bandar Quezon, Filipina, telah digelar sebagai ‘pakar seni piksel’, kerana potretnya yang dibuat dari pelbagai elemen unik seperti mancis, pita pelekat, cap jari dan yang paling mengejutkan, darahnya sendiri!

Cruz, seorang jururawat, dahulunya mencipta karya piksel dengan menggunakan pen mata bulat.

Tetapi, pesaing yang juga seorang artis seni, telah mengkritik kemahirannya dengan menuduh Cruz menggunakan mesin cetak untuk menghasilkan lukisan potretnya.

Kejadian itu membuatkan Cruz menukar fikiran dan  menggunakan pelbagai medium di dalam karya seninya.

Potret seni Cruz yang paling menimbulkan kontroversi adalah potret bintang terkenal filem Suicide Squad, Harley Quinn yang menggunakan darahnya sendiri.

Dia boleh menghasilkan karya seni dalam masa dua ke tiga hari, dan potret terbesar yang dicipta olehnya berukuran 16x9 kaki.

Potret hebat ciptaan Kel Cruz telah menarik ramai peminat di media sosial seperti Facebook dan Instagram, serta menarik perhatian stesyen televisyen di Filipina.

Agaknya bagaimana reaksi pesaingnya yang secara tidak langsung telah mendorong kejayaan Kel Cruz? - ODDITY CENTRAL

Kel Cruz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perancis Naikkan Harga Rokok

Artikel Lain