suria

Serangan Peluru Berpandu AS Ragut Nyawa Empat Kanak-Kanak

GAMBAR fail bertarikh 29 September 2010 menunjukkan kapal pemusnah AS, USS Prebel melancarkan peluru berpandu Tomahawk dalam satu operasi latihan di kawasan perairan California. - AFP

DASMYIK: Empat kanak-kanak antara sembilan orang awam yang disahkan terbunuh dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) ke atas pangkalan udara Syria pada lewat Khamis.

Agensi berita kerajaan, SANA melaporkan, serangan tersebut mengenai kawasan perkampungan Shayrat yang terletak luar pangkalan tentera udara Syria yang mempunyai nama sama seperti kampung itu.

Serangan tersebut melibatkan lebih 50 buah peluru berpandu Tomahawk yang dilancarkan dari dua kapal pemusnah USS Porter (DDG-78) dan USS Ross (DDG-71) yang ditempatkan di Laut Mediterraean sebagai membalas tindakan rejim Syria menggugurkan bom sarin sehingga mengakibatkan lebih 70 nyawa terbunuh di pekan Khan Sheikhoun dekat wilayah Idlib pada Selasa lalu.

Sementara itu,  kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria berkata, serangan AS telah menyebabkan empat tentera Syria terbunuh dan memusnahkan kemudahan di pangkalan udara terbabit.

"Seorang komander udara antara empat anggota tentara terbunuh.

"Pangkalan udara itu hampir musnah, landasan, tangki bahan api dan pertahanan udara, berkecai," kata kumpulan pematau itu yang berpangkalan di Britain.

White House berkata serangan adalah bagi menghalang penggunaan senjata kimia dan bukan sebahagian daripada kempen ketenteraan untuk menghapuskan Assad.

Syria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain