suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selatan Thai Bergelap Akibat Serangan Bom

ANGGOTA tentera memeriksa keadaan tiang elektrik yang rosak akibat serangan bom di daerah Yaring, Pattani pada 7 April 2017.- REUTERS

PATTANI: Sebahagian kawasan di empat wilayah selatan Thailand terpaksa bergelap berikutan serangan khianat yang memusnahkan lebih 50 tiang elektrik awal pagi Jumaat.

Di dalam tempoh kira-kira satu jam bermula 12 tengah malam (waktu tempatan) sehingga 1 pagi, lebih daripada 40 butir bom diletupkan untuk memusnahkan tiang-tiang elektrik terbabit.

"Sebanyak 52 tiang elektrik di 19 daerah di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla dimusnahkan dalam serangan khianat itu. Bekalan elektrik masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya di beberapa kawasan yang terjejas," kata jurucakap tentera Bahagian Ke-4, Kolonel Pramote Prom-in.

Selain serangan bom yang memusnahkan tiang elektrik, pihak yang bertanggungjawab itu juga menabur paku, membakar tayar dan melakukan beberapa serangan khianat lain, menurutnya.

Bagaimanapun Pramote berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian akibat serangan khianat itu.

Pihak keselamatan Thailand di selatan negara itu katanya, masih menjalankan siasatan tentang motif serangan sama ada ia berkaitan dengan majlis menandatangani Perlembagaan baharu negara pada Khamis.

Dalam majlis penuh tradisi di Ananta Samakhom Throne Hall itu, Raja Thailand Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun menandatangani perlembagaan negara itu yang ke-20 bagi membolehkan ia mengadakan pilihan raya umum.

Serangan juga berlaku ketika Mufti Mesir, Dr Shawki Allam sedang berada di selatan Thailand bagi memenuhi jemputan daripada Kementerian Luar Thailand.

Beliau dijangka kembali ke Bangkok pada Sabtu.

Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain