suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Terbunuh Selepas Trak Langgar Sebuah Kedai

Keadaan trak yang melanggar sebuah kedai di tepi jalan Drottningatan, Stockholm pada Jumaat.

STOCKHOLM: Sebuah trak yang dipandu secara melulu melanggar sebuah kedai di pusat bandar Stockholm yang menyebabkan beberapa beberapa orang terbunuh.

"Kenderaan itu telah menyebabkan kecederaan kepada orang ramai yang berada di Drottningatan," jelas jurucakap polis, Towe Hagg kepada Reuters.

Menurut radio Sweden, seramai tiga orang terbunuh ketika kejadian manakala wartawan SVT memberitahu tembakan turut berlaku.

"Saya melihat tiga orang terbunuh, namun yakin lebih daripada itu," jelas wartawan radio Sweden, Martin Svenningsen.

Polis telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan tersebut.

Trak, langgar, terbunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain